HomeKenali Sanaya

Kenali Sanaya

Tak kenal, maka tak cinta...

Sanaya Tours & Safari

Kami melakar ekspedisi , melangkaui imaginasi

Sanaya Tours dan Safari merupakan syarikat percutian Safari terunggul yang beribu Pejabat di Nairobi, Kenya. Kami memiliki pengkhususan sama ada dalam pakej domestik mahupun antarabangsa. Sanaya tekad membina percutian impian anda dengan mengambil kira semua aspek imaginasi yang membawa memori yang tidak dapat dilupakan dengan pengalaman ekpedisi di belantara- pantai gebu berpasir, budaya tradisional dan segala keindahan alamiah  yang pasti membuatkan anda teruja. 

Demi anda rakyat Malaysia, kami telah datang ke tanahair dengan Sanaya Malaysia, untuk memberikan pengalaman memberangsangkan dengan pakej-pakej percutian Kenya yang mengambil kira aspek ‘tak kenal maka tak cinta’ yang diolah dengan adunan pakej pelancongan mesra muslim dengan jaminan keselamatan.

location (1) 1

Visi Kami

Visi kami adalah untuk menjadi syarikat agensi pelancongan terkemuka yang menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk pelanggan kami.

 

hill 1

Misi Kami

Untuk mencapai visi kami, kami menawarkan pakej percutian ekslusif yang satu-satunya mesra bajet, mengambil kira ciri-ciri keselamatan di samping memberikan anda percutian yang pasti diulang berulang kali.

Percutian idaman anda, keutamaan kami

Dengan koleksi destinasi yang merangkumi landskap semula jadi yang menakjubkan, flora dan fauna  yang manambat hati, ditambah dengan kerenah haiwan liar di hutan belantara yang cukup mencuit hati, serta kemewahan  bandar kosmopolitan yang meriah dikelilingi oleh pulau tropika yang mempesonakan, kami membawa anda ke lokasi di luar jangkaan.

Pelbagai pilihan

Ribuan destinasi yang tersedia untuk menambat hati anda. 

 

Tempahan mudah

Tiada komplikasi dengan kami. 

 

Penginapan

Penginapan selesa yang bertaraf dunia menanti percutian anda.

 

Tour Guide kompeten

Malu bertanya, sesat jalan. Kalau kami ada, lancar urusan.

 

Nikmati perkhidmatan eksklusif dan pengalaman yang tiada tolok tandingan

Kami terdiri daripada kumpulan perancang dan pengelola percutian profesional yang bergalaman, yang turut meminati aktiviti ekspedisi, ekskursi dan perlancongan sebagai kerjaya mutlak. Penggembaraan beribu kilometer bermula dengan satu iangkah…

Barisan profesional kami yang mantap

Pengalaman yang luas dalam industri perlancongan dengan dedikasi dan komitmen padu. 

 

John Marvel
Travel Expert Team
John Marvel
Travel Expert Team
John Marvel
Travel Expert Team
John Marvel
Travel Expert Team
John Marvel
Travel Expert Team
John Marvel
Travel Expert Team
envelope 1

E-mel

Ragu-ragu? E-mel kami

 

call 1

Hotline

Memerlukan sentuhan manusia, hubungi kami

envelope 1

Lokasi

No.24, Jalan Cenderawasih 2/1

Bandar Enstek Nilai,

71760 Nilai,

Negeri Sembilan

Malaysia

Kami ingin mendengar percutian idaman anda

Anda pasti mempunyai destinasi idaman dan impian yang lama terkubur. Barangkali kami boleh merealisasikan impian anda. 

 

 




    Translate »